Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Mei 2011

Sejarah Sekolah

      Sekolah Kebangsaan De La Salle adalah sekolah bertaraf luar Bandar yang terletak di Jalan Iskandar, Kampar.Sekolah ini berhampiran dengan Batu Berangkai dan Kg Padang Tembak.
      Sekolah mula beroperasi pada 4 Mei 1953 dan nama asalnya ialah St.Michael’s Institution Kampar Branch, Lokasi asal sekolah ini ialah di tepi gereja Katolik, Jalan Iskandar, Kampar.Ketika itu hanya 5 orang murid lelaki sahaja belajar di sekolah tersebut. Guru Besar pertama yang bertugas ialah Encik Chye Kar Loke.Pada tahun 1955, Murid telah bertambah dan 4 buah bilik darjah telah di buka untuk menempatkan murid tahun 1,2,3 dan kelas tadika. Pada 31 Oktober 1956 sekolah telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang di jalan Iskandar dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan De La Salle,Kampar.Murid-muridnya terdiri daripada Tahun 1 hingga ke Tahun 6 dan Kelas Tadika.Semuanya terdiri dari lelaki sahaja kecuali kelas tadika yang bercampur
      Dari Tahun 1963-1965, Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan sekolah ini untuk ‘Kelas Pelajaran Lanjutan’pada sesi petang. Pada tahun 1963 juga kelas kanak-kanak cacat pendengaran telah dibuka.Pada tahun 1970, 6 buah bilik darjah lagi telah dibina melibatkan jumlah perbelanjaan RM40000.00. Peruntukan ini ialah dari kerajaan pusat dan derma dari orang ramai.
      Buat masa kini murid-murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Sebahagian besar dari mereka datang dari Kg.Batu Berangkai, Kg Padang Tembak, Sg Kroh, Temoh dan kawasan perumahan yang berhampiran.

Read More......

Motto & Piagam Sekolah

MOTTO SEKOLAH

ESTO VIR

Kecemerlangan Pendidikan yang berkualiti serta
Kesungguhan usaha ke arah
Berilmu,Beramal dan Bertaqwa

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik SK De La Salle, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji untuk mengembelingkan tenaga dan usaha untuk :

1.Menyediakan program pengurusan kurikulum,kokurikulum dan sahsiah dengan lebih cemerlang bagi merealisasikan visi dan misi sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

2.Menjalinkan hubungan yang baik di antara warga sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi luar.

3.Memastikan warga sekolah selamat, berdisiplin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.

4.Bersedia menerima pandangan dan teguran yang membina dari semua pihak bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Read More......

Falsafah, Visi & Misi

FALSAFAH SEKOLAH

Berusaha merealisasikan hasrat dan dasar pendidikan Negara ke arah kecemerlangan yang konsisten dalam program pendidikan dan persekolahan peringkat rendah untuk melahirkan warganegara yang berpendidikan dan berketrampilan

VISI SEKOLAH

MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDKAN
BAGI MELAHIRKAN KOMUNITI BERILMU,
BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
MENJELANG 2020


MISI SEKOLAH

Kami bersama-sama melaksanakan

pendidikan cemerlang dalam bidang :

1. PENGURUSAN dan KEPIMPINAN yang cekap, berkesan telus dan tulus

2. AKADEMIK yang berkualiti bagi mencapai keputusan UPSR yang cemerlang

3. SAHSIAH yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan

4. SUKAN yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif

5. KOKURIKULUM yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Read More......